Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Monday, May 2, 2016

May Allah protect Syria

they definitely don't understand our language but he miss to be happy like others . they had a difficult experience in living that we don't know how ? maybe without parent , siblings .. alone in this world . only DOA & ask from Allah to be safe from dangerous.. 


usia ini , anak kita hidup senang tanpa rasa susah frown emoticon berlarian bermain sana sini.. sedangkan mereka berlarian untuk selamatkan diri .. kehidupan kita cukup dan jauh lagi selesa .. mereka pula hilang tempat berteduh .. zaman kanak2 mereka direntap cry emoticon
adoiiii !!! mmg nangis !!!!!
moga Allah lindungi mereka .. amiiiinnn

like page 
Malaysian Arabian Cultural Society's

one clip video by Faizal Tahir sang this song .. unexpected reaction from one kids .. suddenly cry 

"I could see his eyes were trying to burst because of the hardship of life he endured . I salute the children's  because they are much more stronger than me having face the toughness that the world had offered. These children should receive more that what they had suffered. "

What is this that I've seen?
Why (there were) just videos of killings here and there
In television, in internet

All (just) blood and tears

Many have disses my religion
I feel burn in my soul
Can't believe that there are people like this
Can't believe we are living like this
Are we going to just accept (all these)?

May peace be upon you, world
Wake up
Look at ourselves
We are all alike
Let us be in peace, people
We are all relatives
May peace be upon you, world
May peace be upon you, world

May peace be upon you, Peace upon this world
May peace be upon you,
May peace be upon you, Peace upon this world
May peace be upon you

Skin color, origin,
Don't judge based on just physical appearance
Are your eyes could see beyond your mind?
One for all, All for one
I believe we are better than this
We could all be better than this
Are we going to just accept (all these)?

May peace be upon you, world
Wake up
Look at ourselves
We are all alike
Let us be in peace, people
We are all relatives
May peace be upon you, world
May peace be upon you, world
This is the part where the boy cried...
It's true..
It's true I'm at fault
Always fail to notice
And now I starts to notice it all
Forgive me
Forgive me of my sins
I will change myself today for you

May peace be upon you, Peace upon this world
May peace be upon you,
May peace be upon you, Peace upon this world
May peace be upon you

May peace be upon you, world
Wake up
Be in peace, be in peace, fellow humans
We are all relatives
May peace be upon you, world
May peace be upon you, world

May peace be upon you, world
Be in peace, all of you

Monday, October 12, 2015

Transformasi Qalbu : Teras Kecemerlangan Diri

Assalamualaikum .. Alhamdulillah ! aura happy pagi2 :)

personally bersyukur diberi kesempatan atas izin Allah SWT dapat hadir majlis ilmu yang di sampaikan oleh pakar motivasi yang terkenal...

pesanan & perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta dapat dipraktikkan oleh kita dalam kehidupan seharian .. extra ilmu " mengenal personaliti individu " well, macam biasa la melalui bulan kelahiran .. anak ke berapa dalam keluarga .. cara mengenali personaliti melalui tapak tangan (bulan tilik tapi 'Allah Punya Kuasa')

Antara amalan harian yang digalakkan untuk dipraktik bersama : (yang saya ingat .. xtengok nota)

Bersyukur
Memaafkan orang
Solat Taubat
Istighfar
Berkawan dengan orang berjaya & orang yang susah (jadi kita akan lebih bersyukur dengan apa kita ada)
Jaga amalan - solat waktu bekerja
Jaga permakanan - makanan yang halalan toyyiban (makanan sunnah)
Mendoakan orang lain
Amalan untuk masuk rumah - supaya tidak diganggu oleh syaitan bernama Dassim
Selalu berwudhuk - menyucikan hati
Istibra
Permakanan - mulakan dengan buah-buahan
Cara minum  & posisi tidur  : kajian sains
Nama satu doa & penawar - panggilan nama merupakan doa untuk seseorang

sangat best ..

*40hari jika  seseorang itu tidak menghadiri majlis ilmu .. Hati akan keras .









Monday, September 14, 2015

Antara insan terpilih yang meninggal di Tanah Suci

Allahyarhamah Cikgu Siti Nurolshlizan Zolkifli

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan..

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah..

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'.
Saya cemburu dengan Cikgu.
Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.

"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]

Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.

-insan hina-
Nur Fadhliah

nukilan Nur Fadhiliah



Barley Habbatus Sauda Coffee

Love this coffee

Boleh kurus hehee

Wednesday, August 26, 2015

Menginsankan Kecemerlangan Lestari

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. Dapat join majlis ilmu oleh Y.Bhg Datuk Ustaz Mohammad Kazim bin Elias ..

"Menginsankan Kecemerlangan Lestari"

Antara ilmu untuk cemerlang dalam hidup ..
- jadi insan yang sabar dalam apa jua keadaan
- Berani mati buat seseorang itu hidup .. Takut mati, maka matilah ia .. Kerana orang yang berani mencuba akan berjaya
- patuh dengan Ibu Bapa untuk jadi insan yang berjaya

Kagum ... Berasal dari keluarga yang susah , mahu berjaya untuk kebahagiaan dunia akhirat..
Pelbagai cabaran dan dugaan yang Allah turunkan pada beliau .. Beliau tetap dan masih mahu tetuskan niat murni untuk membantu insan2 ke jalan Allah ..
Semoga Allah selalu berkati setiap langkah Datuk untuk membentuk manusia sebagai insan yang cemerlang..